KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, memberitahu, MKT juga membuat ketetapan menggerakkan jentera bahagian daripada seluruh Selangor dan negeri yang diterajui UMNO bagi membantu kempen PRK itu.
"UMNO memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan yang diwakili PH dalam PRK dengan menggerakkan jentera Bahagian UMNO seluruh negeri dan negeri yang diterajui UMNO, " katanya dalam kenyataan selepas Mesyuarat MKT di Menara Dato' Onn di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut memaklumkan mesyuarat itu menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus mulai 1 Disember ini.
"Ini pastinya mampu menyantuni harapan dan aspirasi penjawat awam sejak sekian lama," katanya.
Pada masa sama, beliau memberitahu, MKT memutuskan sambutan Ulang Tahun UMNO ke-78 pada 11 Mei akan diadakan serentak di seluruh negara.
"Ibu pejabat UMNO Malaysia bersama Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan akan mengadakan majlis solat hajat, bacaan Yassin dan doa selamat di Dewan Tun Hussein Onn, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)," katanya
Umavathi Ramayah
Fri May 03 2024
Asyraf berkata, MKT juga membuat ketetapan menggerakkan jentera bahagian daripada seluruh Selangor dan negeri yang diterajui UMNO bagi membantu kempen PRK itu. - Gambar fail
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
PRK KKB: Pusat mengundi SJKC Bukit Fraser ditutup 2 petang
Pusat mengundi SJKC Bukit Fraser mewakili hanya 40 orang pengundi, manakala baki 17 lagi pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang.
PRK KKB: Warga emas lumpuh tekad keluar mengundi walau terpaksa diusung
Zul berkata dia tidak mahu melepaskan peluang memilih wakil rakyat yang akan memperjuangkan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.
1,133 pegawai, anggota polis bertugas semasa PRK Kuala Kubu Baharu
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.
PRK Kuala Kubu Baharu: Peratusan keluar mengundi awal hampir 100 peratus
Peratusan itu melibatkan 769 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan.
Pengundian awal PRK KKB rekod 90 peratus setakat 1 tengah hari - SPR
Proses pengundian awal itu yang melibatkan seramai 625 anggota polis serta 238 anggota tentera dan pasangan, berlangsung dalam keadaan cuaca baik.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Datang jumpa MIC kalau masalah masyarakat India masih tak selesai'
MIC sedia membantu kebajikan masyarakat India di KKB meskipun calon yang akan bertanding dalam PRK di kawasan itu bukan daripada komponen BN.
PRK Kuala Kubu Baharu: MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH akan muktamad calon, bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan
Nik Nazmi berkata, keputusan akhir akan dibuat oleh DAP dan akan dibincangkan bersama anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.